blue

Tuesday, September 15, 2015

Lost World of Tambun

Assalamu'alaikum belake semua :D

Hari sabtu baru-baru ni 12.09.2015, aku dengan roommate aku sedari cfs dulu pi bercuti ke Lost World of Tambun, Perak. Perkataan bercuti tu macam over plak kan. Padahal sehari punye cite je. Haha lantak lah! After going through so many discussion lah konon nye tentang tempat percutian yang kitorang nak pergi, finally Tambun was our plan. Alhamdulillah our plans went smoothly. Hehe sengih sket. So memandangkan kami dah berada di bumi IIUM Gombak ni, perjalanan ke sane hanye mengambil mase selama 2 jam lebih dengan menaiki kereta.

Sampai di sana jam 10 pagi. Waktu ni memang ramai orang sebab hari weekend, so paham2 aje laa ye. Time aku pegi ni pulak tengah ade family day, jadi nye memang ramaiii sangat manusia. Kalau x nak bersesakan dengan pelbagai manusia, pegi time weekdays. Much better.

Here we go Lost World of Tambun!

Okey gais! Ni harga tiket nak masuk ke Lost World. Aku beli tiket ni on the spot. Boleh aje nak beli on9 dan khabar nye lagi murah. Aku x pandai nak beli online2 ni. Biase bayar cash time tu jugak. Sebelum pegi tu, tengok baik-baik ye waktu operasi nye. Kang ade yang datang hari selase x pasal2 kene drive balik rumah. Haha.

Ade yang cakap entrance fee nye mahal. Hm, aku pun x tau lah murah ke mahal. Mungkin standard kot. Lost World ni sangat lah besar dan ade macam-macam permainan. Dalam ni bukan setakat waterpark, malah ade amusement park yang ade roller coaster, pirate dan sebagainye tu. Sini jugak siap ade zoo lagi, which is korang boleh tengok rimau, kuda, burung, itik dan lain-lain lagi lah. So 3 in 1 kan. Takde lah bosan sangat asyik duk berendam dalam kolam je. Haha.

Mase nak beli tiket ni, cashier tu dah siap habaq swimming attire yang nak kene pakai. Kate nye nak main slides, hanya boleh pakai seluar renang yg fit tu. I was like..... Memang tak ah nak pakai kan! What the..? Tapi sbenaq nye, boleh je pun pakai tracksuit. Aku dah tanye pekerja yang jage pelampung, kate nye x pe. Boleh je. Yeayyy melompat sakan. Haha.

Swimming attire yang dibenarkan. Tapi aku main redah je masuk pakai seluar track. Boleh je pun. 
Untuk simpan barang, korang boleh sewa loker yang disedia kan. Ade 3 jenis loker: oren, hijau and biru. Oren tu paling kecik, hijau sederhana and biru besar. Aku cuma sewa loker hijau dengan harga RM20. Korang boleh letak seberapa lame barang dalam loker selagi tempat ni x closed lah. Haha. Loker ni jugak boleh nak bukak tutup sesuka hati sebab kita cuma perlu scan barcode yang ade pada gelang yang akan diberikan.

Ini dia ghupe gelang loker. Nampak barcode tu? Letak je barcode tu kat scanner, baru loker terbukak.
Aku memang x ade sewa tube pun kt sini. Mula-mula memang dah siap bawak duit nak sewa tube. Tapi tube ni cuma diguna kan di Jungle Wave and Adventure River je. Manakala utk slides, tube free je. So, untuk menjimatkan fulus, kami batalkan niat menyewa tube. Btw, sewa tube ni RM26. Okey, dah habis intro. Jom skarang aku bawak korang mengembara di dunia Lost World ni. Haha.

First of all, tempat pertama yang kitorang pergi ofkos lah Jungle Wave Pool and Sandy Bay. Tempat ni ala-ala pantai lah. Kolam ni sangat besar dan ade ombak lagi. Ade pasir pantai yang mane korang boleh lah nak main bola tampar pantai ke atau tarik tali ke. Lantak lah.

Jungle Wave Pool
Dah bosan duk berendam dalam Jungle Wave, kitorang terus ke kolam budak-budak. Sesaje je nak main-main kat situ. Bosan x tau sangat nak buat ape. Haha. So kat sini ade la permainan yang di sediakan untuk level kanak-kanak seperti gelongsor. Air nye ofkos lah x dalam sebab budak-budak kan. Tapi tetap ade lifegourd yang jage keselamatan diorang.

Ni dia kolam kanak-kanak. Nice kan :)
Dan seterusnye, jom ke Amusement Park plak. Amusement Park ni terletak berdekatan je dengan Jungle Wave Pool. Amusement Park LWOT ni ade macam-macam jenis permainan. Mostly permainannya menguji keberanian. Kalau yang takut tinggi tu, disarankan jangan naik la. Kang pengsan plak kat situ. Haha. So ape je yang ade kat amusement park LWOT ni? Basically, ade 5 jenis permainan yang disediakan di sini, iaitu: Dragon Flight, Giddy Galleon, Storm Rider, Perak Parade ( kuda pusing ) and Lupe's Adventure. Jom usha.


Ni benda first yang aku main. Ape benda ni? Haa nilah Dragon Flight name nye. Ala.. yang macam super swing kat ICT Shah Alam tu. Benda ni akan berpusing perlahan-lahan dan makin lame makin laju. Kalau berani, sila lah tengok bawah! Haha.


In front of Storm rider aka pirate lah bahasa mudah nye. Benda ni sebuah kapal besar yang berayun tinggi sampai ko rase nak tercabut jantung paru-paru mase nak turun tu. Haha. Tapi seriously sangat seriau lebih-lebih lagi aku duduk kat bahagian belakang kapal. Lagi terasa sebab ayunan dia lebih tinggi. Apepun memang enjoy lah naik benda-benda gini sebab aku x pernah try sebelum ni. At least ade la sikit pengalaman tu. Haha poyosss!
Gambar atas ( Perak Parade ), bawah ( Giddy Galleon )
Then, dah habis naik storm rider, kitorang terus jalan-jalan. Ternampak plak Lupe's Adventure. Actually, ia adalah roller coaster. Roller coaster ni akan buat 2 kali pusingan dan semestinye makin lame makin laju. Bila masuk gua, semua terjerit sebab dalam gua tu gelap dan ade lampu lip-lap.

Korang try naik ni. Best sangat ^^
Selesai main-main, kitorang p bejalan-jalan melalui Tiger Valley. Nampak la 2 ekoq rimau bertenggek atas batu. Tido barangkali. Haha. Korang boleh tengok show rimau time animals feeding show. Aku malas plak nak tunggu show tu, so tengok rimau jelah. Heheh.

So after main-main di amusement park, kite main air plak. So jom ke Tube Riders and Cliff Racer. Tube Riders ni terbahagi kepada 4 gelongsor or tunnel la. Ade Open Tunnel, Semi-open Tunnel, Closed Tunnel and Dark Close. Aku cuma try open tunnel and semi-closed je. X larat nak beratur tunggu pelampung and mendaki anak tangga ke atas sana. Oh, pelampung kat sini free ye. X payah sewa. Cuma jenuh skit lah nak tunggu turn tu.

For sure korang kene try these slides. X lengkap ke taman tema kalau x main slides. Hihii.
While Cliff Racer ni plak sangat mencabar dan menguji kekuatan jantung. Haha. Korang akan meluncur pada aras yang sangat curam dan tinggi pada kelajuan yang sangat maksimum. Bile dah sampai kat puncak aka klimaks nya, korang akan berundur ke belakang balik. Haha memang kecut perut hoiii~ Tak payah bawak pelampung sebab dorang dah provide kan pelampung kat sini.

Apa macam? Ade bran tak nak try ni? Tengok pun dah seram sejuk, kecut habis usus-usus dalaman ni. Haha. Aktiviti paling thrill and mengerikan kat sini. 
Next, kite p merentasi Adventure River plak. Fyi, Adventure River ni tersenarai dalam Malaysian Books of Records sebab sungai ni sangat lah panjang, iaitu sejauh 660m. Korang boleh bawak pelampung masuk dalam ni. Nak jalan kaki aje pon boleh. Aku ofkos lah jalan kaki sebab pelampung pon x sewa kan. Hihih. Waktu ni x de ombak, so agak kebosanan lah. Bila kitorang dah sampai ke penghujung sungai ni, baru lah dia berombak-ombak bagai. Hmpphhh betoiiii! Macam jogging dalam air pun ade jugak. Haha. Sungai ni akan mengelilingi waterpark, so boleh lah korang usha-usha sekitar waterpark.

Lost World River. Sepanjang melalui sungai ni, korang akan terserempak dengan gajah, apes and kodok aka katak. Tapi jangan risau, sebab tu hanya lah replika semata. Jangan terkejut plak bila dengaq gajah mengamuk. Mwahaha!
Lasttt but not least, ayuh kita manjakan diri di Lost World Hot Springs. Best sangat berendam dalam ni. Air nya suam-suam, cukup untuk menyegarkan badan. Kepenatan bermain macam-macam permainan, hot springs is the way to refresh your mind and body. Kami berendam lame dalam ni sebab nak tunggu train merah. Hajat nye nak naik train merah pusing-pusing LWOT, last-last sampai kat amusement park, train dah brenti. Sobs sobs..

Lost World Hot Springs. Lawa kan gamba ni. Ofkos lah aku ambik dari gugel. Hahaha.
Habis sudah ceritera ni. Before balik ke bumi IIUM yang terchenta, kitorang bergambar dulu sepuas hati sebab tadi x bawak henset. Maklom saja lah having fun main itu main ini. Gadjet semua dilupakan. Haha. So meh lah aku share sikit-sikit tempat yang menarik kat sini. Moga-moga tertarik minat korang untuk datang sini. Puhaha.

In love with this pic <3

Belakang kami ni nama dia Ipoh Street. Dia macam deretan kedai yang menjual kacang putih, pau, makanan ringan dll. Harga? Agak mahal. Hahaha.

Bergambar dengan nenek kebayan depan Haunted Chamber. Tapi aku x tahu lah dari mane tibe-tibe tersesat penunggu belakang kitorang tu. Spoil betollah! T_T
We are Backpackers Buddies! Next destination is ***
Wassalam dan selamat malam :)

Tuesday, August 25, 2015

Bukit Gambang Waterpark

Assalamu'alaikum.. Haiiiiii !

Okey, kali ni aku nk cite pasal jalan2 cari makan aku ke Bukit Gambang Waterpark! Haha. X adelah cari makan tu. Jalan2 makan angin yelah. Teheee.. Asal nye nk ke Pulau Perhentian, tapi dah full disebabkan booking agak lambat. Gambang ni last minitttt gile punye plan. Dan sangat lah Alhamdulillah sebab plan yg last minit nilah yg slalu nye jadik! Bhaha.. 

Kami bertolak seawal 8 pagi. Naik kete lagi uollsss. Aku pn macam x caye je. Sebab masing2 x pernah jalan2 sejauh ni.. gegirl pulak semua tu. Tp alhamdulillah segala2 nya baik2 je. Allah lindungi dan selamat kan perjalanan kami. Huhu..

Perjalanan ke sane dalam 3 jam je melalui LPT. Tp actually x sampai 3 jam pn. Tapi sebabkan kitorang dh terlepas pandang Gambang Waterpark tu sejauh 8km kot.. Waze, google maps pn tarak jalan je. Haha.. Nasib baik cepat tersedar yg kitorang dh jauh lost, kona balik. Finally jumpe pintu gerbang Gambang Waterpark :D

Jam 11 pagi sampai kt sini. Time kitorang sampai sini, ade lawatan budak Sek Keb Padang Kemunting, Kuala Terengganu. So agak ramai org time ni. Tapi x lah terlalu sesak sangat. Masih lagi lancar dan x ade nak berebut-rebut. 

Hari yg aku g ni merupakan hari last promosi dye. Rezeki sangat2 kan. Dapat lah tiket murah. Only at RM15 each heee. Jimat punye pasal, kitorang cume sewa 2 loker dan satu double tube. Sebab harga nk sewa barang2 ni agak mahal, so kitorang share je tube tu. Guna tube ni pn waktu2 tertentu je. Jenuh nk angkut tube yg beso gedabak ni ke hulu ke hilir. hahahaha... Dan kat sini dye pakai e-value, bukan main bayar cash. Nak sewa ape, nak beli makanan atau souvenirs ke, semua pakai e-value. Balance e-value tu nanti akan dipulangkan balik.

Harga tiket Gambang Waterpark. Kalau nk dapat murah, serbu time promosi. Haha.
Items provided for rental. Oh btw Cabana tu pondok. Boleh lah lepak2 sambil istirehat di cabana lepas puas main air.
Tempat paling first kitorang pegi is Penguin Island. Haaa kelas x name dye? Sini x leh bawak pelampung sebab sini air dye x dalam. Name pn tempat kanak2 kan. Tapi org dewasa pn ramai je yg lepak2 kt sini sbb nk tunggu kepala ikan kt atas tu penuh dgn air. Bile dh penuh kepala ikan tu akan memuntahkan air ke bawah. Haaa ni aku try skali. Perghhh!! Sekali kepala aku kene air ni, mau x bergegor dan berdengung otak aku. Sakitt gile. Haha.
Haa.. boleh la try duk bawah kepala ikan tu. Skali kene konfem bengong kepala hahaha~
Ni Glacier River. Duduk je dalam pelampung dan biarkan pelampung tu bergerak ikut aliran air. Sesekali bila ombak datang, terhuyung-hayang jgk. Tapi apepun yg ni santai dan rileks.
Dah sampai sini, semua tempat kitorang try. Dari kolam budak2 sampai yg adventure punye. Barulah berbaloi dtg jauh2 kan. Hihi. Kalau nk rase mcm suasana pantai, boleh ke Coco Beach Wave & Lagoon. Pasir pn dh mcm pasir pantai.. Siap ade ombak lagi. Kelasss gitu.. Haha. Sini lah kitorang paling lame lepak sbb kt sini air dye lebih dalam and berombak-ombak. Boleh berenang walaupun aku fail berenang. Mwahaha.
Ni kitorang bergambar depan Coco Beach Wave & Lagoon.
Eksaited kan tengok ombak dye.. Ala-ala pantai dak? Haha
Lepas puas berendam dan bersantai kt Coco Beach ni, kitorang ke The Top Hill Side yg ade 6 Lane Racer Slide, Galaxy Slide, Crystal Slide, Canopy Slide and Family Raft Ride. Semua aku try kecuali 6 Lane Racer Slide sebab siyes x berani, lagi2 waktu tu semua lelaki je kt situ. Haha. Canopy Slide pn x berkesempatan sebab ditutup.

6 Lane Racer Slide. Ade bran x?
Paling aku enjoy is Family Raft Ride. Boleh naik ramai2 dalam pelampung besar tu. Slides dye pn lagi panjang dan lagi mencabar. Galaxy Slide tu gelongsor berterowong yg gelap-gelita. Serius memang x nampak ape2. Terjerit2 kami dalam terowong tu. Malu kene gelak dek lifegourd atas sane. Haha. Naik Crystal Slide dah berani sikit. X menjerit mcm tadi dah. Haha. By the way, Crystal Slide ni berterowong jugak tapi x segelap Galaxy Slide. 

Dah puas bermain air, kitorang makan tengahari dulu sebelum balik. Sakan sangat main air sampai perut kosong. Kepala aku pn dh biol+pening. Haha. Kat sini makanan dye memang mahal. Aku kira harga standard lah kalau tempat-tempat macam gini. 

Sebelum balik, tukang ambik gambar ade tanye samaada kitorang nak beli gambar yg dorang snap. Cantik lah gambar yg dorang snap tu. Boleh buat kenangan sebab kitorang memang x bawak henpon masuk waterpark. Sayang henset kalau jatuh dalam air, mau menangis x berlagu. Ahakss! Tapi kitorang x beli pn. Jimat duit. Kesian abg2 bangla duk offer2 suh beli. Haha. So ade gambar yang aku sertakan ni ehsan dari cik google. Kalau kabur2 je gambar nye, paham2 sajo la ye. Hahahahaha~
So sampai sini je kisah aku kat Gambang Waterpark. Insyaallah kalau ade lagi tempat jalan2 yg aku pi, aku update lagi. Hehe. Bye2~
Sayonara Bukit Gambang Waterpark!~
Bukit Gambang Waterpark, 20 August 2015.

Wednesday, May 27, 2015

Memorable Trip in Sabak Bernam!

Assalamu'alaikum, Haiii..

On 9 and 10 May baru-baru ni, aku berpeluang mengikuti educational trip ke Sabak Bernam, Sungai Besar under salah satu kelab yang ade kat UIA ni; which is Interactive Ranger Club aka IRC. This is a girl's club, but yet kelab ni x lah femes sangat walaupun dalam kalangan sister2 kat sini. Hahaha. To begin with, aku introduce lah sikit pasal kelab ni before aku cite trip aku kat Sabak Bernam tu. Okeyy, basically our kelab memang berkaitan dengan nature and quite adventure lah since we are ranger. Haha. And most of our program involved with nature and plants and so on. We have been to Taman Negara Pahang, Taman Negara Penang, Bukit Cerakah Shah Alam, visit zoo as volunteers and the latest one was trip to Sabak Bernam.

So trip ke Sabak Bernam was one of our program untuk sem ni. Alhamdulillah is all I could say because we manage to held this program after going through so many challenges, troubles, problems. Bertolak ke Sabak Bernam pukul 7.40 a.m dan sampai di Sungai Limau Resort lebih kurang pukul 9 atau 9.30 a.m. Couldn't remember the exact time actually haha! Tapi lebih kurang dua jam perjalanan je untuk ke sana dari Gombak melalui Latar. Sabak Bernam pun x lah jauh sangat dari Gombak since it is located kat hujung Selangor je.

Kami menginap di Sungai Limau Resort (SLR) selama 2 hari 1 malam for only RM45 per person. Bagi aku agak berbaloi jugak lah kot. Nak banding dengan chalet and resort lain yang mahal yang kami sebagai student ni x mampu. HAHA! Penginapan pun selesa. Makanan dia aku boleh bagi 5/5 lah. Superb best! Serius x tipu. Nasik lemak untuk sarapan pagi tu memang terbaik lah. Payah nak jumpe yang sedap melainkan yang mak masak. Kakaka!! Ni aku tunjuk sket gambaq rumah selama kami menginap kat sana. Unik bak hang!!
luaran aje nampak kecik, tapi boleh muat sampai 3-4 orang tauuu..
keadaan waktu malam. I love it! 
Banyak aktiviti yang kitorang buat kat sini. And banyak jugak tempat yang kitorang pergi. Kire 2 hari tu memang dimanfaatkan betul-betul lah. Meh nak share skit aktiviti kitorang sepanjang kat sini ;)

1. Kilang IKS ( Industri Kecil & Sederhana )

- Ni kilang first yang kitorang pergi. Dan pengalaman first jugak visit kilang ni. Haha. Dari SLR nak ke kilang IKS ni lebih kurang 10-15 minit perjalanan je, tapi still kene naik kenderaan. Btw kitorang naik bas lah of course! :D Waktu sampai kat kilang ni, aku macam agak terkejut jugak lah sebab kilang yang aku bayang kan tu x sama dengan realiti. Memang aku bajet kilang tu besar gedabak. Dah nama kilang kan. Haih! Stereotype betoi!! Haha. Kilang ni x de lah besar sangat, lebih kurang macam bentuk rumah je. Mase sampai tu, pekerja kat sini aka makcik2 tengah buat rempeyek and maruku. Dapat lah tengok macamane rempeyek and maruku tu dihasil kan. And of course menggunakan mesin. Senang, mudah, kerja pun cepat jalan. Haha. Langkah kanan jugak sebab boleh rasa rempeyek and maruku fresh yang diangkat dari kuali. Sebab kan aku kurang sikit rempeyek, so x rasa lah. Tapi nampak macam sedap lah. Maruku dia memang aku suggest beli sebab sedap dan aku suka! Hahaha!! Bukan rezeki aku jugak nak tengok cara pembuatan bahulu sebab pekerja dia cuti hari tu. So makan bahulu jelah gaya nye. Bahulu inti nanas lagi uollss. X pernah makan pun before this. Hoho. Beli direct terus dari sini pun jauh lagi murah dari beli kat supermarket atau kedai2 biasa sebab ni direct terus dari kilang. Macam2 jenis kerepek, kuih tradisional ade jual kat sini. Just name it. Kerepek ubi, pisang tanduk, rempeyek yang bermacam perisa, maruku, kuih kapit, bahulu and banyakkkk lagi. Nak sebut pun panjang sangat. kah2!

2. Kilang Nata de Coco

- Our second destination, kitorang pergi ke Kilang Nata de Coco keluaran Nandong Global Food Industries. Terletak bersebelahan je dengan Jalan Besar sungai Limau. Sebelum beli nata de coco tu, kitorang diberi briefing dulu oleh Pengarah Urusan kilang ni, Encik Mosduki bin Haji Mohfuf ( got his name from mr.google coz i could not recalled his name well. hahha). Sedikit sebanyak jelas lah sikit cara pembuatan nata de coco ni. Fyi, nata de coco ni dibuat dari air kelapa, while isi kelapa tu akan dibuat minyak kelapa dara. Okeyy nanti aku cite pasal minyak kelapa dara tu. Nak menghasil kan nata perlu melalui beberapa proses lah. Nak menghasilkan nata jugak mengambil masa selama 7-14 hari. Dari hari pertama nata dihasilkan, x leh diusik dah. If not, nata akan rosak. Nak cite satu2 pun rase x perlu kot. Nak taip malas.. plus aku pun dah x hengat sangat macamane proses selanjutnya nata dibuat. . Emm, nak dapat maklumat yang lebih tepat dari aku, it is better to ask cik google. Lagi banyak maklumat boleh dapat. Hahah. But, as far as I know and memang sahih pun yang nata ni banyak khasiat, kebaikan dan kelebihannya. Yang paling dominan nya, nata ni boleh melancarkan sistem percernaan sebab nata ni kaya dengan serat. Minum Yakult dengan nata merupakan kombinasi yang baik untuk kesihatan kita. Tapi aku lupa plak ape yang Encik Mosduki bagitahu. Banyak sangat yang masuk dalam otak ni haa.. sampai lupa semua skali.. haha. Hah! kitorang pun berpeluang masuk ke tempat nata ni dipacking. Depan mata dapat tengok nata di packing. Leka seketika. Nata yang masih mentah rase nya masam gile. Bak kate Encik Masduki, masam mangga muda. Bagi aku, masam dia macam nak muntahkan balik. So perlu neutralkan nata tu untuk jadikan dia manis. Fyi, nata ni warna putih. Yang kita makan nata anggur, apple, mangga tu sebab diletak syrup or perisa. Not sure it is correct if I use syrup here, but it is something that you  put to get the taste. For sure nata ni sangat menyegarkan dan sedap, lagi2 campoq ngan ais. Buat koktail sedap, buat dadih pon sedap. Makan teruih pun sedappp! So kalau dah singgah sini, beli lah nata banyak2 sebab kat sini murah. Jauh lebih murah kalau nak banding dengan yang jual kat kedai2. 3 for RM10.90 kottt.. sangat berbaloi ;)
Products of Nandong :)
3. Kilang Minyak Kelapa Dara ( Virgin Coconut Oil )

- Kilang ni terletak sebelah je dengan kilang nata. Kilang ni jugak dimiliki oleh Encik Masduki. Hebat kan! Padahal beliau graduan arkitek and never once taking business before. He starting from zero and now he owns two factories. Salute lah~ And as I mentioned before, minyak ni dibuat daripada isi kelapa. Waktu melawat kilang ni, minyak ni dah kehabisan stok. Memang x de stok langsong! Nak beli kene pre order dulu. Ambik kauu! Pre order kot.. Minyak ni memang femes sebab banyak khasiat dan kebaikan dia. Hatta sampai overseas pun femes. As we were told by the worker there, minyak ni memang digunakan oleh mat saleh kat sane waktu musim sejuk coz musim sejuk ni terlampau lah sejuk nya sampaikan kulit dorang jadik kering. Bila kering jadi sakit sebab sejuk terlampau kan.. so dorang gune this virgin coconut oil to warm their hands. See? orang putih pun pakai minyak kelapa kot.. haha. and minyak kelapa ni boleh menyembuhkan tonsil. Tour guide yang bawak kami ke kilang ni sendiri yang cerita pengalaman dia. Instead of operating, she chose traditional treatment which is virgin coconut oil. Alhamdulillah her tonsil is getting better and she don't have to operate it. Minyak ni pun bagus untuk yang menghidapi diabetes. Minyak ni taklah menyembuhkan terus diabetes, tapi boleh mengurangkan diabetes. Aku cuba try rasa minyak kelapa dara ni skali. Jernih warnanya. And the taste is not bad lah. Rase minyak kelapa. haha. Banyak lagi kebaikan minyak ni, cume aku x tahu semua. Kalau nak tahu, kene rajin membaca dan buat research sendiri ;) This oil is quite expensive, tapi berbaloi dengan khasiat yang terkandung didalam nya ;)

cara hampas kelapa diperah untuk mendapatkan minyak nya.
4. Night Tracking

- Night tracking ni salah satu aktiviti under resort ni. Kitorang buat night tracking pukul 11 malam. Jauh jugak berjalan dan banyak pengalaman dan kejadian terjadi masa night tracking ni.Pengalaman jumpa dengan lembu sebanyak 2 kali. Berlari tengah2 malam sebab nak elak dari dikejar lembu2 tu. It was too funny bile ingat balik. Sebab aku pernah ade pengalaman dikejar lembu walaupun lembu tu bukan kejar aku pun sebenarnya. Dah lembu macam kejar dari belakang, aku pun berlari jelah. Haha. Terasa kelainan berjalan malam kat sini walaupun aku dah berapa kali melalui pengalaman night walking kalau pergi kem. Night walking yang aku pernah join sebelum ni lebih kepada nak test keberanian kita. Tapi yang ni rase kelainannya. Why? Aku rase tenang sangat. Terasa kedamaian waktu malam kat kampung ni. Bayangkan waktu tu, MasyaAllah~! Langit penuh bintang. The clear sky is just too beautiful. Full of stars.. Sangat2~ Besar sungguh kebesaran Dia. Tapi aku x de gambar nak tunjuk sebab waktu tu henpon x bawak bcoz of the safety. And sebab aku rase kelainannya lagi is bcos kat sini pukul 11 lebih macam tu dah sunyi. Penghuni rumah dah tidur barangkali. Tak ade bunyi bising kenderaan kat sini macam kt Kl. Memang lena dan tenang tidur malam. Siap boleh mimpi2 lagi. haha.  

5. Rumah tradisional

- Bila mula2 sampai sini, aku teruja dapat tengok sawah padi depan mata. It was like in a dream. Memang aku dah lame nak tengok sawah padi depan mata sendiri and I am so lucky. Hijauuu sejauh mata memandang. Cantik sangat. 
how i wish i can come again and again :)
Sawah ni terletak depan rumah tradisional yang kami lawati.. Rase ketenangan datang sini walaupun tengah panas terik time tu. Haha teruja sangat. ok, back to the traditional house, aku boleh cakap sape2 je yang datang mesti teruja tengok ukiran rumah ni. Sangat cantik dan traditional habis. Even buaian pun terukir cantik gile. Unik ukiran dia. Aku kire bertuah sebab dapat tengok rumah traditional ni sebab bukan senang nak jumpa lebih2 lagi kita hidup di zaman global ni. ceeewahhh! Di sini jugak ade lah briefing pasal ukiran2 ni dan dapat masuk bengkel dorang. They showed us their artworks and their carvings. It is just creative and superb!! Harga pun bukan calang2 harga. Mencecah ribuan ringgit. For those who loves arts and carvings, they might buy it. Every single things there is full with arts. Meja santai2 kat luar pun berukir. Do come here and I assure that u won't regret it!

sebahagian ukiran-ukiran yang ade kat sini.
6. Cari remis kat pantai

- This is last our activity here. Pun dianjur kan oleh pihak resort. After sarapan nasik lemak pagi tu, terus bergerak ke pantai nak carik sesuap nasik! :D Time tu cuaca kejap okey, kejap mendung. Sometimes, little rainy. Sampai pantai, terus carik botol kosong, duduk atas pasir pantai dan mula korek pasir carik remis. Eksaited gile bile jumpe remis, tapi rupe nye yang aku jumpe tu bijik nangka. Tak tahulah orang lain panggil ape, tapi orang situ panggil bijik nangka. Kitorang lebih banyak jumpe bijik nangka compared to remis. Seronok carik remis ni sebab sekarang tengah musim dia. Cuba dan belajar pengalaman baru, it is not something that u can find everywhere. Macam yang owner resort bagitahu kami, harga remis tu Rm3 per kilo. Boleh bayang kan mak ayah yang kerja macamtu. How they struggle to find money for their family.. Even satu botol penuh x sampai sekilo I guess.. Belajar kesusahan dan kepayahan orang lain, I can feel it. Aku dengan kawan2 aku boleh dapat dalam 2 botol penuh remis+bijik nangka. Rase puas hati dan excited sebab jumpe banyak. Sama2 korek pasir dan basah sama2 kene air pantai, our day is full of laughter. First time jugak aku tengok ikan belacak melompat-lompat atas air. Haha. Tapi ikan ni x leh dimakan sebab dia hidup dua alam. Agak2 dah lame kat pantai, kitorang balik ke resort sebab nak masak remis2 ni. Carik sendiri. Masak sendiri. Baru rase kepuasan dan penat lelah tu berbayar. Haha. Kitorang dapat dalam satu periuk besar, memang x habis makan pun. Boleh bawak balik UIA lagi sebab banyak sangat. 

It was a short trip, but we got something precious from it. Setiap aktiviti yang aku pergi dan buat, setiap daripada nya ade pengalaman berbeza. Pengalaman duk kampung, it was a memorable memory and u will able to experience the sights, sounds and wonders of Malaysian life. Try buat kem kat kampung2, konpem rase lain. yelah sebelum ni asyik duk hotel and chalet kat bandar je.. why not u try something different, huh? Aktiviti ni banyak dekatkan kite dengan Allah bila kite cuba relatekan dengan diri. Pengalaman perlu dicari dan diterokai sebab ia x datang sendiri. Mengembaralah, bermusafirlah! Kau akan lihat tanda2 kebesaran Illahi~~