Assalamu'alaikum belake semua :D
Hari sabtu baru-baru ni 12.09.2015, aku dengan roommate aku sedari cfs dulu pi bercuti ke
Lost World of Tambun, Perak. Perkataan bercuti tu macam over plak kan. Padahal sehari punye cite je. Haha lantak lah! After going through so many discussion lah konon nye tentang tempat percutian yang kitorang nak pergi, finally Tambun was our plan. Alhamdulillah our plans went smoothly. Hehe sengih sket. So memandangkan kami dah berada di bumi IIUM Gombak ni, perjalanan ke sane hanye mengambil mase selama 2 jam lebih dengan menaiki kereta.
Sampai di sana jam 10 pagi. Waktu ni memang ramai orang sebab hari weekend, so paham2 aje laa ye. Time aku pegi ni pulak tengah ade family day, jadi nye memang ramaiii sangat manusia. Kalau x nak bersesakan dengan pelbagai manusia, pegi time weekdays. Much better.
 |
Here we go Lost World of Tambun! |
Okey gais! Ni harga tiket nak masuk ke Lost World. Aku beli tiket ni on the spot. Boleh aje nak beli on9 dan khabar nye lagi murah. Aku x pandai nak beli online2 ni. Biase bayar cash time tu jugak. Sebelum pegi tu, tengok baik-baik ye waktu operasi nye. Kang ade yang datang hari selase x pasal2 kene drive balik rumah. Haha.
Ade yang cakap entrance fee nye mahal. Hm, aku pun x tau lah murah ke mahal. Mungkin standard kot. Lost World ni sangat lah besar dan ade macam-macam permainan. Dalam ni bukan setakat waterpark, malah ade amusement park yang ade roller coaster, pirate dan sebagainye tu. Sini jugak siap ade zoo lagi, which is korang boleh tengok rimau, kuda, burung, itik dan lain-lain lagi lah. So 3 in 1 kan. Takde lah bosan sangat asyik duk berendam dalam kolam je. Haha.
Mase nak beli tiket ni, cashier tu dah siap habaq swimming attire yang nak kene pakai. Kate nye nak main slides, hanya boleh pakai seluar renang yg fit tu. I was like..... Memang tak ah nak pakai kan! What the..? Tapi sbenaq nye, boleh je pun pakai tracksuit. Aku dah tanye pekerja yang jage pelampung, kate nye x pe. Boleh je. Yeayyy melompat sakan. Haha.
 |
Swimming attire yang dibenarkan. Tapi aku main redah je masuk pakai seluar track. Boleh je pun. |
Untuk simpan barang, korang boleh sewa loker yang disedia kan. Ade 3 jenis loker: oren, hijau and biru. Oren tu paling kecik, hijau sederhana and biru besar. Aku cuma sewa loker hijau dengan harga RM20. Korang boleh letak seberapa lame barang dalam loker selagi tempat ni x closed lah. Haha. Loker ni jugak boleh nak bukak tutup sesuka hati sebab kita cuma perlu scan barcode yang ade pada gelang yang akan diberikan.
 |
Ini dia ghupe gelang loker. Nampak barcode tu? Letak je barcode tu kat scanner, baru loker terbukak. |
Aku memang x ade sewa tube pun kt sini. Mula-mula memang dah siap bawak duit nak sewa tube. Tapi tube ni cuma diguna kan di Jungle Wave and Adventure River je. Manakala utk slides, tube free je. So, untuk menjimatkan fulus, kami batalkan niat menyewa tube. Btw, sewa tube ni RM26. Okey, dah habis intro. Jom skarang aku bawak korang mengembara di dunia Lost World ni. Haha.
First of all, tempat pertama yang kitorang pergi ofkos lah
Jungle Wave Pool and Sandy Bay. Tempat ni ala-ala pantai lah. Kolam ni sangat besar dan ade ombak lagi. Ade pasir pantai yang mane korang boleh lah nak main bola tampar pantai ke atau tarik tali ke. Lantak lah.
 |
Jungle Wave Pool |
Dah bosan duk berendam dalam Jungle Wave, kitorang terus ke kolam budak-budak. Sesaje je nak main-main kat situ. Bosan x tau sangat nak buat ape. Haha. So kat sini ade la permainan yang di sediakan untuk level kanak-kanak seperti gelongsor. Air nye ofkos lah x dalam sebab budak-budak kan. Tapi tetap ade lifegourd yang jage keselamatan diorang.
 |
Ni dia kolam kanak-kanak. Nice kan :) |
Dan seterusnye, jom ke
Amusement Park plak. Amusement Park ni terletak berdekatan je dengan Jungle Wave Pool. Amusement Park LWOT ni ade macam-macam jenis permainan. Mostly permainannya menguji keberanian. Kalau yang takut tinggi tu, disarankan jangan naik la. Kang pengsan plak kat situ. Haha. So ape je yang ade kat amusement park LWOT ni? Basically, ade 5 jenis permainan yang disediakan di sini, iaitu:
Dragon Flight, Giddy Galleon, Storm Rider, Perak Parade ( kuda pusing ) and Lupe's Adventure. Jom usha.
Ni benda first yang aku main. Ape benda ni? Haa nilah Dragon Flight name nye. Ala.. yang macam super swing kat ICT Shah Alam tu. Benda ni akan berpusing perlahan-lahan dan makin lame makin laju. Kalau berani, sila lah tengok bawah! Haha.
In front of
Storm rider aka pirate lah bahasa mudah nye. Benda ni sebuah kapal besar yang berayun tinggi sampai ko rase nak tercabut jantung paru-paru mase nak turun tu. Haha. Tapi seriously sangat seriau lebih-lebih lagi aku duduk kat bahagian belakang kapal. Lagi terasa sebab ayunan dia lebih tinggi. Apepun memang enjoy lah naik benda-benda gini sebab aku x pernah try sebelum ni. At least ade la sikit pengalaman tu. Haha poyosss!
 |
Gambar atas ( Perak Parade ), bawah ( Giddy Galleon ) |
Then, dah habis naik storm rider, kitorang terus jalan-jalan. Ternampak plak
Lupe's Adventure. Actually, ia adalah roller coaster. Roller coaster ni akan buat 2 kali pusingan dan semestinye makin lame makin laju. Bila masuk gua, semua terjerit sebab dalam gua tu gelap dan ade lampu lip-lap.
 |
Korang try naik ni. Best sangat ^^ |
Selesai main-main, kitorang p bejalan-jalan melalui
Tiger Valley. Nampak la 2 ekoq rimau bertenggek atas batu. Tido barangkali. Haha. Korang boleh tengok show rimau time animals feeding show. Aku malas plak nak tunggu show tu, so tengok rimau jelah. Heheh.
So after main-main di amusement park, kite main air plak. So jom ke
Tube Riders and Cliff Racer.
Tube Riders ni terbahagi kepada 4 gelongsor or tunnel la. Ade Open Tunnel, Semi-open Tunnel, Closed Tunnel and Dark Close. Aku cuma try open tunnel and semi-closed je. X larat nak beratur tunggu pelampung and mendaki anak tangga ke atas sana. Oh, pelampung kat sini free ye. X payah sewa. Cuma jenuh skit lah nak tunggu turn tu.
 |
For sure korang kene try these slides. X lengkap ke taman tema kalau x main slides. Hihii. |
While
Cliff Racer ni plak sangat mencabar dan menguji kekuatan jantung. Haha. Korang akan meluncur pada aras yang sangat curam dan tinggi pada kelajuan yang sangat maksimum. Bile dah sampai kat puncak aka klimaks nya, korang akan berundur ke belakang balik. Haha memang kecut perut hoiii~ Tak payah bawak pelampung sebab dorang dah provide kan pelampung kat sini.
 |
Apa macam? Ade bran tak nak try ni? Tengok pun dah seram sejuk, kecut habis usus-usus dalaman ni. Haha. Aktiviti paling thrill and mengerikan kat sini. |
Next, kite p merentasi
Adventure River plak. Fyi, Adventure River ni tersenarai dalam Malaysian Books of Records sebab sungai ni sangat lah panjang, iaitu sejauh 660m. Korang boleh bawak pelampung masuk dalam ni. Nak jalan kaki aje pon boleh. Aku ofkos lah jalan kaki sebab pelampung pon x sewa kan. Hihih. Waktu ni x de ombak, so agak kebosanan lah. Bila kitorang dah sampai ke penghujung sungai ni, baru lah dia berombak-ombak bagai. Hmpphhh betoiiii! Macam jogging dalam air pun ade jugak. Haha. Sungai ni akan mengelilingi waterpark, so boleh lah korang usha-usha sekitar waterpark.
 |
Lost World River. Sepanjang melalui sungai ni, korang akan terserempak dengan gajah, apes and kodok aka katak. Tapi jangan risau, sebab tu hanya lah replika semata. Jangan terkejut plak bila dengaq gajah mengamuk. Mwahaha! |
Lasttt but not least, ayuh kita manjakan diri di
Lost World Hot Springs. Best sangat berendam dalam ni. Air nya suam-suam, cukup untuk menyegarkan badan. Kepenatan bermain macam-macam permainan, hot springs is the way to refresh your mind and body. Kami berendam lame dalam ni sebab nak tunggu train merah. Hajat nye nak naik train merah pusing-pusing LWOT, last-last sampai kat amusement park, train dah brenti. Sobs sobs..
 |
Lost World Hot Springs. Lawa kan gamba ni. Ofkos lah aku ambik dari gugel. Hahaha. |
Habis sudah ceritera ni. Before balik ke bumi IIUM yang terchenta, kitorang bergambar dulu sepuas hati sebab tadi x bawak henset. Maklom saja lah having fun main itu main ini. Gadjet semua dilupakan. Haha. So meh lah aku share sikit-sikit tempat yang menarik kat sini. Moga-moga tertarik minat korang untuk datang sini. Puhaha.
 |
In love with this pic <3 |
Belakang kami ni nama dia
Ipoh Street. Dia macam deretan kedai yang menjual kacang putih, pau, makanan ringan dll. Harga? Agak mahal. Hahaha.
 |
Bergambar dengan nenek kebayan depan Haunted Chamber. Tapi aku x tahu lah dari mane tibe-tibe tersesat penunggu belakang kitorang tu. Spoil betollah! T_T |
 |
We are Backpackers Buddies! Next destination is *** |
Wassalam dan selamat malam :)