Alhamdulillah harini baru aku berkesempatan untuk menulis. Dah lebih seminggu gap masa yang aku tinggalkan lepas tulis kisah Diari Gontor di Unida dulu. Letih ni pun tak habis gi ni. Seminggu ni duk sibuk dengan kelas lah, lagi-lagi malam pun ada meeting bla bla bla. Fuhhh T_T
Okay lah, tak yah nak intro pepanjang sangat. Straight to the point jelah cita aku kali ni. So dah selesai di Unida, kitorang teruskan lagi rehlah ni ke
Pondok Modern Darussalam Gontor 1 atau dipanggil Maahad Gontor. Fyi, maahad ni ada banyak banyak cawangan. And tentu nya maahad putera diasingkan dari puteri. Kenapa eh? Bukan sebab permasalahan sosial yang menjadi sebab dominannya, tapi strategi pendidikan untuk mendidik lelaki yang menjadi ketua dan pemimpin itu berbeza dari silibus mendidik wanita untuk menjadi pendamping para pemimpin dan ketua. Oleh yang demikian, putera disiapkan dengan cara mereka, manakala puteri pula dihiaskan dengan cara mereka. (Thanks to Kak Ummu atas penerangan ni, barulah aku clear. Bukan tak dengar apa yang disampaikan oleh ustaz di sana, tapi kurang bagi perhatian sajo :p)
Gontor diasaskan oleh 3 bersaudara, iaitu
KH Ahmad Sahal, KH Imam Zarkasyi dan KH Zainuddin Fananie. Gontor ni asalnya dari dua kalimah, iaitu Gon (
al-makan atau tempat) dan Tor (tempat kotor). Eh apa maksudnya? Maksudnya kat sini is, Gontor ni dulu asalnya adalah tempat yang dipenuhi dengan pelbagai maksiat dan kekotoran. Apabila datangnya 3 bersaudara ni, mereka membersihkan Gontor dari maksiat-maksiat tersebut sehingga Gontor menjadi sebuah tempat seperti hari ini. Aku juga sempat ke makam kiyai-kiyai ni sewaktu lawatan ke maahad Gontor. Semoga Allah menempatkan mereka dalam kalangan orang-orang yang beriman dan berada di kedudukan tertinggi di sisiNya. Aamiin.
 |
Gambar di belakang kami tu ialah Trimurti Pendiri Pondok Modern. |
Maahad ni sama juga seperti Unida, di mana maahad ini di dirikan hasil waqaf, tidak terikat dengan mana-mana organisasi politik atau kerajaan Indonesia. Para pelajar di sini dipanggil santri. Mereka terdiri daripada pelajar kelas 1 sampai kelas 6. Dan setiap peringkat umur ni, ada orang-orang dibawah yang memantau mereka. Misal nya, pelajar kelas 4 akan memantau pelajar kelas 1, 2 dan 3. Pelajar kelas 5 pula akan memantau pelajar kelas 4 dan pelajar kelas 5 akan dipantau oleh pelajar kelas 6. Akhirnya pelajar kelas 6 akan dipantau oleh ustaz-ustaz. Sekiranya, orang-orang yang berada di bawah tanggungjawab mereka bersalah, maka ketuanya yang akan dipersoal dan dipersalahkan. Begitu tinggi skali disiplin santri-santri di sini. Kerana apa? Kerana amalan
Panca Jiwa yang menjadi pegangan santri-santri di sini.
Ini la yang dimaksudkan dengan Panca Jiwa yang menjadi pegangan para santri di pondok ni: Keikhlasan, Kesederhanaan, Berdikari, Ukhuwah Islamiyyah dan Kebebasan.
Day 3
Sampai je di pondok ni, memang teruja tengok Masjid Gontor yang menjadi kebanggaan santri-santri di sini. Teruja tengok tangga masjid yang tinggi sangat tu. Haha.
 |
Di hadapan Masjid Gontor. Kami gigih bergambar kat sini walaupun mata tertutup menahan cahaya terik matahari. Hahaha. |
Hari pertama kami di pondok modern ni, macam biasa la kami disambut oleh ustaz di sini dan diberi taklimat mengenai organisasi pondok ni dan sebagainya. Sebelumnya, kitorang dibawa melawat kawasan pondok ni. Seperti Unida, pondok modern ni juga tak berpagar. Maahad ni juga terkenal dengan kata-katanya yang cukup menyentap hati dan penuh dengan makna.
" Kamu adalah orang yang berharga, tapi jangan minta dihargai, kalau minta dihargai, harga dirimu habis"
" Berani hidup takut mati, tak takut mati, takut mati jangan hidup, takut hidup mati saja"
KE GONTOR APA YANG KAU CARI?
Itu antara kata-kata yang aku ingat sampai sekarang. Simple je ayatnya, tapi makna nya sangat mendalam. Habis saja sesi pagi di pondok ni, kitorang balik ke Wisda. Oh, perjalanan ulang-alik kitorang ke pondok ni berjalan kaki je sebab tak jauh sangat, tapi agak terik jugak cuaca sepanjang kat sana. Hehehe. Petang nya tu kitorang ada
perjumpaan dengan pelajar-pelajar Malaysia yang belajar di sini. Mereka terdiri daripada pelajar kelas 1 hingga 6. Dorang dibeza kan dengan warna nametag yang dipakai untuk membezakan kelas-kelas tersebut. Festime jumpa dorang, memang sangat respek habis lah. Tabah budak-budak ni datang dari Mesia tu. Gontor tu tersangatlah jauh. Aku pun kalau ada anak, mahu kene pikir sejuta kali nak hantar ke sini. Haha! Mental seorang ibu tu harus kuat. Pelbagai cerita yang aku dengar daripada pelajar-pelajar ni. Ada yang masuk dengan rela hati dan ada juga yang mak ayah hantar. Seterusnya, ada demo macamana cara dorang nak menyampaikan pidato dalam Bahasa Arab dan English sebab malamnya nanti, kitorang dijemput untuk menonton pertandingan pidato santri-santri pondok ni. Perghh dengar je budak-budak ni berpidato secara spontan walaupun sekadar mukaddimah je, aku tetap tabik spring ah. They are the best lah! Dan tak lupa juga, ada sorang pelajar Mesia yang terlibat dalam nasyid di sini. Aku lupa dye pelajar kelas berapa, tapi suara dye memang sedap. Sampai sekarang pun kalau dengar lagu "Ternyata di sini Indah", terasa masih berada di Gontor. Huhu sis kangen~ :(
 |
Dengan adik-adik Pondok Modern Darussalam Gontor :) |
Malam tu pula, kitorang terus ke pondok untuk menonton
pertandingan pidato. Ada 2 kategori pidato ni; Bahasa Arab dan English. Fyi, waktu siang kitorang pergi ke dewan pondok ni, everything is zero. Kosong. Tapi bila datang balik malam tu, memang meriah giler dewan tu. Dengan hiasan yang cukup mantap lah. Kalau korang nak tahu, semua ni diuruskan oleh santri-santri di sini. Dorang ni bukan je pandai dalam akademik, tapi juga berkebolehan menguruskan aktiviti-aktiviti yang lain tak kira la sukan ke, aktiviti berpersatuan ke sebab memang semuanya santri yang buat. Thumbs up!
 |
Pertandingan pidato Pondok Darussalam Gontor |
Day 4
Hari keempat di sini yakni hari terakhir kitorang di pondok modern ni, kitorang ada sedikit taklimat tentang cara pendidikan di pondok ni, apa aktiviti mingguan dan bulanan yang diadakan di pondok ni, denda yang dikenakan kepada santri-santri yang melakukan kesalahan dan lain-lain. Bahasa pengantara di pondok ni hanya dua, iaitu Bahasa Arab dan juga English. Di sini ada minggu BA dan BI. Jika minggu pertama dan kedua adalah minggu BA, maka mereka wajib bertutur dalam BA, begitu lah sebaliknya. Jika mereka bertutur selain dari bahasa ini, maka mereka akan didenda. Untuk pengetahuan juga, di pondok ini juga diamalkan sistem mahkamah bagi santri-santri yang melakukan kesalahan. Sistem mahkamah ini ada 3 peringkat; ringan, sederhana dan berat. Selepas solat Isyak, santri-santri akan tengok jika nama dorang tertulis di board atau tak. Kalau ada, maka dorang akan masuk mahkamah. Mahkamah ni bukannya mahkamah yang tempat perbicaraan tu. Haha jangan silap paham plak yee~ Mahkamah kat sini, dorang akan berkumpul samaada depan masjid or depan kelas mengikut peringkat-peringkat kesalahan yang dilakukan.
Kat sini macam-macam aktiviti yang dilakukan oleh pihak pondok untuk menggalakkan para santrinya berbahasa Arab mahupun English. Antaranya menonton short movie (santri-santri akan diberi mufradat before movie tersebut ditayangkan), memaparkan permainan bola tapi pemainnya dari negara Arab dan lain-lain lagi lah. Habis dah sesi pertemuan dengan ustaz-ustaz ni,kitorang dibawa melawat pondok ni dengan lebih details lagi. Semua produk keluaran pondok ni berjenama
La Tansa. Mereka mempunyai
Darussalam Recording System (DRS), Gontor Tv (boleh subscribe di youtube), Suara Gontor (radio), kilang percetakan buku, kilang air, La Tansa Bakery, supermarket, dan macam-macam lagi. Jadi ekonomi mereka berputar di dalam Gontor ni saja kerana semuanya dikeluarkan oleh Gontor. Maahad ni sederhana, tapi mereka punya segala-galanya. Hebat kan mereka!
Boleh dengarkan Suara Gontor di 109.9fm. Ada macam-macam slot dan genre lagu, termasuklah pop, jazz, lagu-lagu nostalgia, selawat dan kata-kata dari guru-guru mereka.
Studio Rakaman Gontor
Kilang air pun dorang ade wehhh! Kilang Air La Tansa!
Antara buku yang dikeluarkan oleh Maahad Gontor. It is a nice way to learn Arabic actually because these conversations happen in our daily life. Penggunaan dialog seharian yang simple and mudah. Banyak mufradat baru yang boleh didapati. Buku pelajaran santri-santri dikeluarkan oleh kilang buku di sini, termasuklah nahu, sorof, fiqh dll. Cuma ada la certain buku or subjek yang perlu diambil dari luar, but mostly they publish their own books. Setiap kali naik ke kelas baru, dorang akan pakai buku baru. Santri tak boleh pinjam buku dari senior-senior mereka yang dah lepas (ni berdasarkan apa yang diberitahu sewaktu melawat ke kilang percetakan Gontor).
Ni link untuk lagu "Ternyata di sini Indah" dari santri-santri Gontor. Aku suka bangat dengan lagu ni. Besttt!!
Petang tu diadakan aktiviti dalam kumpulan (LDK) oleh participants rehlah ni. Banyak cadangan yang ditulis oleh dorang yang mana mungkin boleh diaplikasikan oleh student-student BARB di Uia ni, InsyaAllah :) Manakala malamnya tak ade aktiviti sangat. Lebih kurang bersua buat kali terakhir dengan komiti Gontor yang menguruskan trip kami sepanjang di sini. Sebab ada antara mereka yang takleh ikut kitorang ke Jogja esok paginya sebab dah terikat dengan komitmen lain yang lebih penting. Huhu.
Thanks to them! Hanya Allah yang mampu membalas setiap kebaikan dan budi baik mereka kepada kami sepanjang rehlah thaqafiyyah ni :) Dari kiri Ustaz Maghfirah, Ustaz Amir and Ustaz Anhar. Ustaz Wahid tiada dalam gambar.
Day 5
Hari ni kitorang bangun sangat awal dari hari-hari yang lain. Haha. Sebab kitorang nak tengok santri-santri Maahad Gontor ni melakukan aktiviti harian dorang, iaitu al-muhadasah. Oh dorang ni bangun seawal jam 3.30 pagi tau. Dan seawal itulah aktiviti dorang bermula dengan baca Qur'an, solat Subuh dan sebagainya. So muhadasah ni biasanya akan start pada jam 5 pagi. Selain muhadasah, pagi tu jugak dorang diberikan 3 perkataan baru oleh ustaz dorang. Bayangkan 3 perkataan baru setiap hari, MasyaAllah... I'm speechless~
Pemberian 3 kalimat atau mufradat baru setiap pagi
Al- Muhadasah. Seperti dalam gambar ni, dua orang santri akan berdiri secara berhadapan macam ni and dorang akan start berbual dalam Bahasa Arab. Bahasa Indonesia tak dibenarkan ye :p
Selesai aje tengok aktiviti santri-santri ni, kitorang ke tempat paling ditunggu-tunggu selame ni. SAWAH PADI!!! Yeah dah lama kot aku nak tengok sawah depan mata, jalan-jalan atas bendang tu. Selama ni tengok dalam tv, dari dalam bas je. Haha sadis kisah hidup sis~
 |
Pemandangan yang takkan pernah jemu tengok walau berjuta kali pun :) |
 |
My fevret view all the times.. Unending love for this paddy field :) |
Habis bermomento di sawah padi, terus balik ke WISDA sebab kitorang akan bergerak ke Jogja. Sedih nak tinggalkan bumi Gontor ni. Terlalu banyak kenangan dan pengalaman yang tercipta kat sini. Huhu.
Selamat tinggal bumi Gontor :(
Sebelum ke Jogja, kitorang ke Sarangan dulu. Sarangan ni umpama Cameron Highlands. Jalan nak ke sana pun berliku macam Cameron. Gerun naik bukit tinggi gitu, dengan bas pulak tu hoho. Memang berkabus kat sini. Sejuk. Sepanjang perjalanan nak naik ke Taman Sarangan ni, korang akan nampak kebun strawberi, kebun sayur-sayuran. Macam Cameron la.
Telaga Sarangan.
Orang Indonesia panggil telaga, tapi kat Malaysia kita panggil tasik. Haha. Di Telaga Sarangan ni boleh naik bot keliling telaga, memancing dan lain-lain. Waktu kitorang sampai kat sini, cuaca tak berapa elok. Hujan lebat plus guruh kilat. Jadinya aku memang tak buat apa kat sini. Ada je yang sempat lagi makan bakso, satay kelinci. Aku hanya mampu tengok air hujan jela. Hahaha
Habis cerita di Sarangan, kitorang terus bergerak ke Pondok Gontor Puteri. Tak lama sangat momen kitorang kat sini. Cuma mendengar taklimat sekejap dari ustaz di sini and melawat sekitar kawasan pondok ni. Hujan jugak time ni, so tak bolehlah lelama, lagi-lagi dah waktu Maghrib. Fyi, lelaki tak dibenarkan masuk ke pondok puteri ye.
Walau sekejap tapi tetap bermakna :)
Perjalanan ke Jogja agak jauh gak. Lewat malam jugak kitorang sampai di Wakeup Homestay yang terletak di Malioboro. Lepas dapat kunci, terus naik bilik sebab dah kepenatan sangat. Turun je dari bas, memang kedengaran macam-macam jenis lagu dari street musician. Sampai nak tidur pun masih bising lagi kat luar. Memang meriah suasana kat sini, tapi agak bising dan mengganggu waktu malam orang lain. Esok hari last di Jogja, hari last jugak sebelum kitorang bergerak balik ke Malaysia :(
Day 6
Hari ni memang hari khusus untuk shopping dan jalan-jalan kat sini. Hari last ni la ditakdirkan aku tak berapa sihat. Bangun-bangun pagi je dah rasa loya. Perut masuk angin. Aku syak air-cond tu terlalu kuat. Sampai kaki pun takleh jejak lantai langsung. Haha. Tak banyak yang aku shopping kat sini. Kitorang kena check-out jam 12 tengahari, jadi masa tu terlalu singkat untuk shopping-shopping. Tempat yang aku jalan-jalan pun sekitar Wakeup Homestay ni. Aku cuma shopping di kedai-kedai biasa je. Tak sempat nak ke Malioboro Mall walaupun letaknya depan kedai yang aku shopping ni je. Tapi mungkin keadaan kesihatan aku yang tak begitu mengizinkan, so aku jalan-jalan situ je. Tu pun penat kemain lagi. Haha. Kat sini memang banyak sangat t-shirt yang murah-murah gila. Tak masuk akal harga dye. Kalau pandai tawar-menawar mungkin boleh dapat lagi murah. Keychain pun banyak jugak jual, cuma aku tak terlalu minat dengan keychain-keychain ni. Haha. Fridge magnet pun tak banyak. Jenuh jugak mencari sampai aku kena tanya owner kedai samaada dorang ada jual ke tak. Pulak tu tak banyak pilihan yang ada. Tapi last-last beli jugak sebagai tanda kenangan. Haha.

Banyak pilihan baju kat sini. Memang rambang mata nak pilih. Harga dye pun boleh dapat dari Rp15,000 hingga Rp50,000 bergantung kepada saiz. Pandai tawar, dapat la murah lagi. Lukisan dye pun cute-cute je. Haha.
Pasar Beringharjo. Tempat untuk shopping-shopping jugak, tapi aku tak ke sini. Cuma sekadar pendapat kalau korang datang ke Jogja, boleh la shopping di sini. Huhu
Kalau nak jalan-jalan kat sini, boleh naik kereta kuda ni ataupun beca. Memang banyak pengangkutan gini kat sini. Naik beca nanti pakcik-pakcik tu akan bawak ke tempat yang biasa tourist pergi. Yelah kita ofkos la tak tahu kan tempat menarik yang orang slalu pergi kan. Oh ye, better tanya dulu harga beca ni sebelum naik. Takut la kene cas yang tak masuk akal, mau melayang jugak duit tu.
Ni jela tempat yang aku boleh kongsikan. Tak banyak tempat yang aku lawati, tapi aku harap boleh datang sini lagi. InsyaAllah. So dah sampai masa kitorang bergerak ke airport. Flight jam 5.30 petang waktu Indonesia.
 |
Sementara menunggu flight AirAsia AK349 :) |
Alhamdulillah, selamat mendarat di bumi Malaysia jam 9 malam. Sesungguhnya jaulah aka rehlah thaqafiyyah ni sangat bermakna untuk aku. Rasa rindu ingin ke Gontor dan Jogja lagi. Rindu semuanya. Terlalu banyak kenangan yang tercipta sepanjang jaulah ni. Semoga ada lagi rezeki untuk aku sampai ke sana biiznillah :)
Sahabat susah senang sepanjang dalam biro Public Relation #gengprosem :) Thanks for all these memories. May Allah bless every single of us, grant us with success and happiness in this dunya and the Hereafter. Selamat grad semua~ :D
Annyeong!~