blue

Friday, March 4, 2016

Johan & His Cats Studio

Assalamu'alaikum...

Hai guys ladies sekalian :) InsyaAllah arini aku nak share story aku dengan kucing-kucing kat #JOHANANDHISCATS STUDIO :D For the cat lover, they will know this place right? Orait, for the introduction, JOHANANDHISCATS ni adalah studio kucing pertama kat dunia bertempat di Malaysia tau. Kat sini ada bermacam jenis baka kucing, tapi maaf aku taktau apa baka-baka kucing ni. Tak buat research la plak. Yang aku tau scottish ja. Hahaha!

Studio ni terletak di Setia Alam je. Tak jauh dari Setia City Mall. Kalau tak jumpa, boleh waze ke google map ke. Tehehehe.. So studio ni beroperasi dari 11.00 pagi sampai 9.00 malam setiap hari kecuali Jumaat. 

Bayaran untuk masuk ke studio ni plak cuma RM10 per session. Setiap sesi dalam 50 minit. Tadi aku masuk dari kol 6pm-6.50pm. Bila dah habis masa, alarm kucing yang sangat cute akan berbunyi, menandakan yang korang kena beredar dah ye. Hihii. 

Camane nak datang sini ek? Korang boleh booking dulu or walk-in je. Tapi kalau nak secure dan tak hampa di kemudian hari, I suggest uwols booking dulu. Bukan apa, sebab studio ni limit kan jumlah pelawat yang datang. Bukan segerombolan besar terus masuk studio ni tau. Nanti culture shock plak kucing-kucing kat sana :p Besides, kalau korang walk-in, tapi tetiba dah penuh, jenuh plak nak menunggu sesi seterusnya. Huhu.

Studio ni taklah terlalu besar sangat. Tapiii tempat dye kondusif and cantik. Untung kucing-kucing ni tau. Tehehehe.. Before nak masuk bermain dengan kucing di sini, ada beberapa rules yang akan diberitahu oleh petugas kat situ. First, tak boleh ambik kucing yang tengah tido. Means korang takleh kacau depa yang tengah beristirehat tu. Second, nak tangkap gambar boleh, tapi make sure bukan flash. It makes sense la sebab haiwan akan terganggu dengan pancaran-pancaran flash camera semua tu. Hehe. Oh ya, kucing-kucing ni jugak masih baru lagi kat studio ni. Jadi dorang masih lagi tengah menyesuaikan diri dengan environment kat sini. And sebelum masuk jugak, petugas tu akan spray tangan korang dulu. Maybe taknak bagi bulu-bulu kucing melekat kat tangan kita :)

Yihii.. here we are!

Okayyy so now jom masuk studio! Sis tak sabar nak tunjuk gambar super adorable kucing-kucing kat sini <3

Let's meet Princess si gebus bulus ni. Aktif sangat dye ni. Main sana sini. Tangan tu pun cepat je nak tangkap mainan dye tu. Muka tu je nampak garang sangat hahaha.

Abyssinian Cat :)

Yang ni plak Siamese Cat. Satu team pedigree shorthair breed dengan abyssinian cat tu. Kurus kan? Bukan sebab tak cukup zat ye, tapi dah memang spec nya gitu. Haha. Time ni susah sangat nak ambik gambar dye. Sampai masuk bawah meja ni ha. Sis ni pun gigih la duk ngekor awak tau. Semata nak ambik gambar awak. Hihi.


Haaa depa ni tengah syok duk beradu tu. Jadi jangan plak hangpa duk suka-suki p ambik dukung plak. Nanti tak masal kena tegur dengan petugas kat sini. 

Haa dah tidor dah kucing paling aktif ni. Asyik lari je ke sana ke sini. Nak ambik pun susah dye ni. Panjat situ, panjat sini. Last-last boleh ambik gambar dye tengah tidor je.

Masa aku datang ni, kebanyakan kucing tengah syok tido. Nak ambik buat main tak bleh plak. So tunggu ja la dorang bangun tido. Haha. Letih kot layan peminat-peminat yang tak henti-henti datang. Untung la cik-cik cing ni suma ade ramai peminat :p

Walaupun bulu-bulu awak ni melekat kat baju sis, tapi sis tetap jugak nak pegang awak. Sebab awak ni bulusss sangat. Gerammm! Hahaha.

Hahaha! Aku nak tergelak tengok kucing ni. Masa mula-mula datang nak booking dah spot kucing ni. Tak unik tau dye ni. Kat badan takde bulu. Tapi kat kaki, kepala and ekor tu bukan main kembang bulu dye. Spesies ape awak ni ye?

Amboi! Tajam pandangan mata dye tu. Takut plak nak ambik gambar dye ni. Kang dicakar nya kita, mau tinggal kenangan manis plak kat studio ni. Haha. Tapi nasib baik dye ni behave je. Dah biasa melayan peminat nak ambik gambar kot. :D

Ototo.. comey nye dye ni. Mata tu tak menahan. Bulat sangat ^.^

Hah! Meet Harry plak. Aktif jugak dye ni. Bile nak pegang, asyik nak lari je. Pulak tu badan dye besar gile. Kita nak ambik gambar pun dye wat derk je. Sombong betoi awak ni ye Mr. Harry hehe..

Tengah tidur pun tetap comel ^-^

Macam karpet dah haa bulu awak ni tau hahha :D

Heeeee gerammm nye!! Macam nak angkut bawak balik dengan bantal bulu-bulu ni skali. =)

Tingginya dye tidor. Mesti taknak kena kacau tu :p

Manja sangat Angel ni tau. Macam baby. Sesuai sangat dengan nama awak ni. Totally adorable. Rasa nak peluk taknak lepas-lepas <3

Before we bid our goodbye, let's take a picture first. InsyaAllah kalau ada kesempatan, aku nak datang lagi. Target nya nak sangat jumpa Bilbo si munchkin, si kucing kontot dan gendut. Aku memang suka sangat dengan kucing yang gemuk pendek haha. Tapi dye takdak atau tengah tidor atau aku yang tak perasan. Huhuhu :(

Jadi korang si pencinta kucing, boleh lah singgah sini. It is highly recommended. Serius korang takkan menyesal punya lah. Banyak jenis kucing yang ada kat sini. Rasa seronok tengok gelagat kucing-kucing ni. Macam-macam ragam ada.

Yes indeed it is! Kucing ni makhluk yang sangat penyayang. Sebab tu kucing menjadi haiwan kesayangan Rasulullah :)

Wassalam and till we meet again ;)