Assalamu'alaikum!
Hello peeps! So post kali ni I would like to share about my trip to Krabi. Okay, to be honest I'm so confused whether I've to blog about this or not. Sebab pergi Krabi ni tak dapat snorkeling! (Me redha seredha-redhanya eventhough that painful feeling is still there huhu..) The weather was quite bad waktu ni. Hujan memanjang dari Hatyai sampai lah Krabi. Ombak pun kuat, so it was not advisable to go snorkeling. Most of the photos pun dah delete sebab rasa macam tak perlu kot eh nak blog pasal ni. Tapi bila fikir-fikir balik (not twice, but soooo many times) I decided untuk blog jugak! Ya, people say that memories stay in our heart, but I want it to be written on my personal blog. So whenever I read it again and again, I'll reminisce everything and cherish all those sweet bitter moments. Maybe if I visit Krabi someday, few places that I've been visited, aku tak akan pergi lagi. Sekali pergi cukup kot, unless kalau tempat tu cantik sangat! :p
So ya, let's get started! To begin with, aku pergi Krabi ni guna agent. I'm not backpacking. Ini pun mak ayah susah sangat nak lepaskan because you know Thailand kan. So, banyak kali kene pujuk my parents haha (my mom was okay lah finally, but my father macam susah nak bagi restu haha). Alhamdulillah finally lepas! So aku pergi dengan pakej
Trip Jimat (you can search them kat fb or instagram for more packages). Or you can whatsapp them at
+60194286292.
Ni pakej yang aku ambik. Ada banyak lagi pakej-pakej yang lain, so you can check them out okay!
Aku pergi dari 4-6 Ogos 2017. Kalau ikutkan cuaca waktu ni okay, bukan musim hujan kan. But, cuaca kat Krabi ni unpredictable sikit. Kalau dah takdir nak hujan nak buat cemane kan. Ada hikmah lah tu. Aku pergi dengan lagi 5 orang kawan (maybe ni salah satu sebab my father allowed me to go sebab nampak cam ramai kot haha). And the best thing bila travel sebab you can make new friends hehe. Sebab kawan yang kenal cuma 2 orang, lebih-lebih tu kawan aku punya kawan haha. Kitorang beli tiket bas Cepat Ekspress (masa ni cuma nampak bas ni je yang pergi ke Bukit Kayu Hitam/BKH). Tiket bas pukul 9 kalau tak silap aku, but bas rosak pulak masa ni. Delayed almost sejam lebih. Masa ni pun hujan turun renyai-renyai dah (oh is this a sign?) Quite worried sebab kalau bertolak ikut masa tiket pun dan ngam-ngam sampai (sebab dari Ganu kan jauh tu), apalagi kalau dah sejam lebih delayed. Tapi dah inform agent awal-awal cakap maybe kitorang sampai lambat sebab bas rosak, so lega sikit rasa. Later, I'll list down the budget spent senang untuk reference.
1st day:
Dari Ganu sampai ke stesen bas Changlun, kena naik teksi pulak untuk ke Imigresen Malaysia tu whether you can travel overseas or not. Kalau ptptn holder like me debor lah sebab takut sangkut eventhough baru abis belajar pun haha. (I don't know betol tak nama tempat tu I tulis, forgive me if I'm wrong but you bagitahu je pakcik teksi nak pergi Thailand, then dorang dah paham mana nak bawak).
Dah sampai kat sempadan Thailand, kena cop pasport dulu. Okay, ramai nya orang Ya Allah I told you! Barisan ya ampun panjang giler-giler. Sejam lebih baru dapat cop passport~ My friend told kalau tak nak beratur panjang macamni, pergi time weekdays. Weekend memang ramai!

Imigresen Thailand. See guys! Ramai tak ramai ni. Oh something happened to me here. Masa nak cop passport tu, pegawai imigresen tu tolak aku punya passport. Sebab aku punya alamat tak lengkap. I just wrote I was staying at Ao Nang as told by our guider. But then he said kena specific, Ao Nang is too general (dah lah dengan speaking Thai and I was like trying to explain, but most I know bahasa Thai kan!). Kawan yang lain semua okay je even tulis Ao Nang jugak (Urghhh!) except me and sorang budak laki van yang sama jugak. Okay then nasib baik guider datang and suruh tulis nama resort. Huh, what an experience! So nanti kalau tak nak ada masalah, you better write your address tu lengkap-lengkap. Nanti penat-penat je beratur lelama, then you kene reject! Oh ya, aku baca dalam kebanyakan sumber cakap kena bayar RM2 kan, but masa ni takde pulak kene bayar pape.
Okay done urusan passport, naik van terus ke Krabi (my excitedness just got started! Yehuuu). Kata Abg Dari which is our driver sepanjang trip ni, dari Hatyai ke Krabi ambik masa dalam 8 jam (okay rasa macam dari Ganu nak pergi KL pulak). Agak bosan duk dalam van je kan since semalaman dah naik bas, plus ngantuk sebab hujan.
Dah sampai Krabi, we stayed at Phu Panwa Resort. I love this resort! Agak jauh dari Ao Nang Beach, but since ada transport, tak susah lah. Kalau I backpacking sendiri, harus cari hotel depan Pantai Ao Nang je :p Bilik ni memang luas, bersih and selesa. Boleh pilih nak bilik katil single or queen. Bilik berair-cond, ada tv (tapi siaran Thai haha). Bilik air pun bersih and selesa ya ampun. Kalau nak iron especially gegirls lah kan, dekat tingkat bawah ada disediakan. Cuma jangan lah bawak iron tu masuk bilik. Kesian yang nak iron tetiba iron hilang haha.
I give 5/5 for this!
Swimming pool pun ada ni haa! You berendam lah lama-lama pun. Tapi swimming pool ni ada time jugak. Tapi aku dah lupa pukul 10 or 11 malam (hehe sorry, tapi dia ada tampal notis dalam bilik).
Everyone's favorite wall! Haha.
Malam kitorang dinner kat A-Hud Seafood. Halal of course! Ni advantage kalau pergi dengan agent, terus dorang bawak pergi kedai halal. Makanan dia pun okay boleh tahan. Sebabkan aku ni jenis yang suka try makanan yang tak pernah rasa, so aku order Pad Thai. Macam kuew teow goreng kita, tapi Pad Thai ni kering tak berkuah and ada kacang tanah kisar. But I love Malaysian punya kuew teow goreng lagi. Haha.
Tom yum goong wajib try bila datang Thailand. Tom yum kat sini of course lagi sedap dari kita. Pedas dia terangkat weh! Lagi-lagi orang yang suka makan pedas, macam aku!
My friend ordered this. I don't know lah kari ke apa, tapi dia cakap tak sedap. Tapi memang tak masuk dengan tekak aku jugak sebab rasa dia pelik. Haha.
Habis makan, Abg Dari bawak pergi shopping area Shell Fossil Beach. Kat situ ada deretan kedai jual souvenirs, baju and all those things lah. Sebab pergi malam, jadi kedai yang bukak satu je. Since family aku tak nak pape, so I bought 3 things jelah. Baju, fridge magnet and key chain. Dah, cukup nak buat kenangan.
Sini murah sikit. Kalau kat area Ao Nang Beach pun boleh shopping, tapi mahal sikit. Kat Night Market pun depends, ada yang mahal ada yang murah. Btw, thank you model tak berbayar! :p
Sebelum balik resort, singgah jap Ao Nang Walking Street. Nothing much to do. Masa ni hujan lagi, ombak pun kuat jugak (dalam hati moga esok panas. I prayed so hard too!)
Gambar masa sebelum hujan >.<
Ni dalam kafe The Coffee Club. Masa ni hujan memang lebat dah, pekerja tu suruh kitorang masuk dulu. Kafe ni agak besar, tempat dia cozy and cantik (boleh snap gambar bebanyak haha)
Where will I meet you heh?
2nd day:
Pagi-pagi dah semangat ni nak pergi snorkeling, walaupun hujan jugak pagi tu. Takpe, nanti kot hujan stop, so we better have breakfast first! (ayat penyedap hati haha). Krabi ni mostly ramai Muslim, so worry not. Nak cari makanan halal is not a big deal InsyaAllah.
Roti telur. Kuah kari dia pun sedap, macam kat sini jugak.
Nasi Kerabu. Ni kawan aku punya. Lebih kurang jugak macam kat sini, tapi kita tak makan dengan ikan bilis.
Since memang tak boleh jugak snorkeling haritu sebab hujan asyik on off, so plan snorkeling diubah ke Saline Hot Spring. Kitorang tak payah bayar masuk sini sebab ganti dengan snorkeling. Lunch pun dorang include kan sekali. Kolam sini bercampur lelaki and perempuan, so memang kitorang tengok saja jelah, rendam kaki pun tak. Tandas kat sini pun kurang selesa. Kotor dan berbau. Teringin nak ke Emerald Pool, tapi semalam tempat tu pulak banjir. Banyak hikmah ni huhu.
Takde benda menarik sangat kat sini bagi aku. Biasa-biasa je. Nak jalan-jalan pun tak tahu nak ke mana. Ambik gambar je lah kot?
At Saline Hot Spring.
Lepas tu singgah Black Crab. Mula-mula ingat Black Crab ni memang ketam tu hidup, rupa nya sculpture je. Okay I was noob --'
That's the real Black Crab.
Then singgah Krabi Night Market. The most awaited place haha. Tapi yang tak best nya sangat terikat dengan masa. Dalam sejam je nak round-round night market ni, lepas tu dah kena jumpa balik. Tak sempat nak explore banyak makanan lain lagi. Sangat tak puas. That's why I need Krabi 2.0 (insyaAllah!). Night market ni luas and besar. Makanan dia pun banyak alahai.. But you kena hati-hati takut tak halal.
3rd day:
Third day which is our last day here. First destination is 7 Heaven. Tempat ni cantik lah nak bergambar bagai. Banyak tempat cantik boleh snap gambar sebab tempat ni macam bertingkat-tingkat gitu. Lagi tinggi korang naik, lagi cantik view boleh tengok. Pedulikan kaki yang dah lenguh nak mendaki tu. Nyah itu 'semput'ness! Kat sini ada jugak permainan kalau bosan nak jalan-jalan je. Nak masuk sini bayar 100 baht. Tapi kalau nak main, bayar lain pulak tau.
Front view. Can't you see that road yang nak kena daki tu? Phew~
Dari atas puncak. Cuaca hari ni sangat elok Ya Allah. Panas terik. That feeling bila tengok laut tu (I'm crying deep inside huhu).
Love this view! <3
Feeling like living in the Teletubbies world.
Some random pictures at 7 Heaven.
Kat sini aku beli cha-yen (teh ais). Ya Allah dia punya teh ais pekat and kawww giler! Wajib ni beli kalau datang lagi. Aku double triple suka teh ais Thai!
Ni bukan kat 7 Heaven. Ni masa sarapan sebelum datang 7 Heaven. Pulut mangga. Recommended!
Nutella pancake. Orang cakap pancake Yaminlah yang famous kat Krabi, tapi tak jumpa pulak aku. Lebih kurang macam roti canai, boleh pilih nak perisa apa.
Then pergi Ao Nang Elephant Safari (Krabi Safari). Yasss, I memang nak naik gajah ni kalau duit cukup lagi. Aku pikir kalau tak dapat snorkeling, kurang-kurang dapat naik gajah pun dah cukup okay. At least ada la benda yang nak diceritakan bila balik (haha ayat sedih and pasrah giler). Kalau memang teringin nak naik gajah ni, bawak bajet lebih sikit because it's quite pricey lah. 500 baht per person. Kitorang naik bertiga since badan pun kecik-kecik haha.
Isn't this baby elephant cute? I feel like wanna hug you :*
We were excited for our ride! Here we go!
My first experience ever naik gajah. Jakun giler! Dalam hati "Oh gajah ni besor (first time tengok face to face kan). Oh kulit gajah gini eh. Kasar and tebal eh. Oh gajah gitu, oh gajah gini" Hahaha! Berbaloi I spent my 500 baht for this. Boleh jugak nak bagi makan kat gajah. I think 100 baht.
His name is Nak Khon, 4th years old (ohmaii 4 tahun dah macam gini besar nye!). Pandai tau dia ni. Bertindak mengikut arahan. Pandai sembur air kat orang, pandai sepak bola (can be a football player kot?) and pandai jugak ambik slipper orang sorok atas atap rumah. Ohmaii haha!
So habis dah kat Krabi, naik van pergi Khlong Hae Floating Market Hatyai pulak. Sampai floating market ni dalam 5 petang lebih dah, jadi solat dulu. Surau ni sempit sikit, plus ramai orang.
Dapat snap macam ni je. I was trying to save my phone battery. Excited lah tengok orang berniaga atas sampan kan. Tak pernah tengok kan. Haha. Murah-murah makanan kat sini. Macam-macam jenis makanan ada. Kat bahagian atas ni pun ada jual-jual jugak.
Luk Chup. Thai fruit-shape dessert with mung bean filing. Okay nice rasa dia tapi sebab aku kurang suka mung bean. Maybe kalau filing lain aku suka (eh eh memandai). 30 baht je. I've already deleted gambar luk chup yang I beli, so this picture is from google hehe.
Okay setakat ni jelah trip Krabi aku. Sampai Imigresen Thailand malam dah (okay time ni tak ramai dah macam pagi tu). Naik teksi ke stesen bas Changlun. Nak beli tiket balik Ganu, tapi mostly tiket dah habis. Yang tinggal cuma sampai ke Jerteh. So kena beli tiket pulak dari Jerteh ke Kuala Terengganu.
Geng van Abg Dari.
Us with Abg Dari. Baik and sporting giler. Thank you so much Abg Dari for your good services. Till we meet again InsyaAllah. Patut aku save number Abg Dari and tulis sini, but again lupa adoi!
TOTAL BUDGET SPENT:
1. Pakej Krabi: RM349
2. Tiket bas KT-Changlun: RM64.80
3. Tambang teksi ke BKH: RM20 (naik 4 orang so RM5 per person)
4. Lunch 1st day: 70 baht
5. Simkad Thailand: 150 baht
6. Dinner 1st day: 140 baht
7. Baju, fridge magnet & key chain: 190 baht
8. Air oishi (beli at Ao Nang Walking Street): 20 baht
9. Breakfast 2nd day: 40 baht
10. Krabi Night Market:
- air green tea: 30 baht
- pancake: 50 baht
11. Entrance fee 7 Heaven: 100 baht
- cha yen: 25 baht
12. Tiket Elephant Trekking: 500 baht
13. Hatyai Floating Market:
- fried squid: 30 baht
- luk chup: 30 baht
- baby macaroons: 100 baht
14. Teksi BKH-Changlun: RM5
15. Tiket Changlun-Jerteh: RM50.90
16. Tiket Jerteh-KT: RM16
So total semua budget yang aku spent kat Krabi setelah ditolak campur semua and convert to Ringgit Malaysia is RM674++
Okay so sampai sini je. Till we meet again. Wassalam.
Bye!