blue

Wednesday, December 6, 2017

Bukit Tinggi, Pahang

Assalamu'alaikum,

Hello again! Hari ni nak share tempat yang aku pergi dengan kawan-kawan aku semester lepas, 15 May 2017. Last semester before graduated. Berapa bulan dah pergi tapi baru nak update. Biasa lah bila simpton malas ni datang, semua benda jadi malas nak buat --' Bila dah siap entri trip Krabi, eh macam rajin nak share pasal Bukit Tinggi pulak. Kitorang pergi ke Bukit Tinggi, Bentong, Pahang sebab tak berapa jauh dari Gombak.

Antara tarikan di Bukit Tinggi Pahang adalah seperti Japanese Village, Botanical Garden, Colmar Tropicale, Adventure Park, Animal Park and sebagainya. Tapi kitorang pergi Japanese Village and Colmar Tropicale je. For more information, you can visit their website at colmartropicale.com.my.

Entrance fee:
RM13.00 for adults. RM8.00 for children ages 4 to 12. Wang akan dikembalikan sekiranya korang menginap di resort Colmar Tropicale.

Japanese Village
Destinasi pertama yang kitorang pergi. Actually nak pergi Colmar Tropicale dulu sebab dari jauh lagi dah nampak castle, tapi dah terlajak jalan. Jadi singgah Japanese Village dulu. Sini parking luas, jadi tak ada masalah. Stamina kena kuat sikit dan pakai kasut yang bersesuaian untuk ke Japanese Village ni sebab kena berjalan agak jauh and jalannya yang mendaki sikit, plus kena naik puluhan anak tangga.

Japanese Village ni terletak pada ketinggian 3,500 kaki dari aras laut. Suasana pun sangat tenang dan mendamaikan sebab dikelilingi oleh tumbuhan hijau kiri kanan, air terjun kecil buatan dan kolam ikan koi. Tempat yang sangat sesuai untuk lari dari segala keserabutan assignments, presentations, exams quizzes bagai (hm students life).


Antara tarikan di Japanese Village. Left: Japanese Garden, Japanese Tea House, Tatami Spa and Ume Tatami Suite. Right: Souvenir Shop, Ryo Zan Tei Restaurant and Botanical Garden. But we only managed to visit the left side sebab kaki dah tak larat nak jalan lagi (plus tak sabar nak pergi Colmar Tropical hehe) 


Landskap hijau yang sangat mendamaikan.


Lengkap dengan anak sungai buatan menjadikan tempat ini lebih menarik.


Can you see those girls wearing kimono? Yes, you can rent a kimono here. Boleh jadi gadis Jepun kejap. But, I'm not sure the price sebab kitorang tak sewa. 


This photo was taken by an unnie/oppa Korea. Very friendly sebab dorang yang offer nak ambikkan gambar kitorang. Kamsahamnida! :p


Because I love the view at the back haha.


First V-shape pose.

Colmar Tropicale
Dari jauh lagi memang rasa terpegun melihat binaan castle macam dalam cerita-cerita fairy tale. Lagi-lagi aku memang suka tengok cerita Hollywood yang berkisarkan tentang kingdom, raja-raja. Colmar Tropicale sangat cantik dan unik dengan design bangunannya yang berwarna-warni. Ia dibina bermodelkan selepas abad ke-16 bandar Colmar, timur laut Alsace, Perancis. 


Sebelum masuk castle. 


We're ready to enter the castle!


Wooden bridge. Bawah tu ada kolam. Boleh tengok swan, sebab tu kawan aku duk terjenguk-jenguk bawah tu.


Ni dia si cantik swan. Ada jugak swan hitam, tapi dia tak masuk dalam kolam. Kena turun tangga kalau nak tengok swan ni dengan lebih dekat.



Best nak buat photo shoot pre-wedding atau pre-convo sebab banyak view yang cantik-cantik boleh snap.


Seolah-olah berada di perkampungan Perancis. Tak dapat ke France pun takpe, ambik mood kat sini dulu kah!


Kalau naik tower kat belakang tu, boleh tengok view Colmar Tropicale dari atas. 


View dari atas.


Second V-shape pose.


<3 my Hilal Syawal. Betul lah orang kata, hargai lah zaman universiti. Dah grad nanti, semua bawak haluan masing-masing. Takde dah nak pergi kelas sesama, buat assignments sesama, pergi library sesama (walaupun dalam satu semester berapa kali je jejak library) dan semua lah sesama. Now I feel it :(

Kalau ada yang mencari tempat menarik di Pahang, aku suggest Bukit Tinggi ni. Sehari pun dah cukup. Aku pergi pagi, tengahari dah bertolak balik. Kalau nak menginap kat sini pun takde masalah. Boleh check-in resort. Restoran pun ada. Kalau tanya mana lagi best antara Japanese Village and Colmar Tropicale, dua-dua tempat ni ada attractions yang tersendiri. Aku boleh ibaratkan Japanese Village ni macam suasana kampung, a very perfect place to refresh your body and mind. Colmar Tropicale pulak macam suasana bandar sebab lebih meriah and happening. After all, dua-dua aku suka!

Wassalam bye!

No comments:

Post a Comment