I'm ready for 'Panggilan Perhentian!" 😎
Hello peeps! This new entry is about my 2 days 1 night at Perhentian Island, Terengganu on 28-29 September 2018. Walaupun orang cakap waktu ni pulau dah nak tutup sebab musim tengkujuh dah nak start. Cuaca pun tak menentu. Hujan on off. Tapi Alhamdulillah Allah permudahkan semua urusan kitorang. The weather was very good. Panas terik sepanjang kat sana.
Fyi, Pulau Perhentian terbahagi kepada Perhentian Besar and Perhentian Kecil/Long Beach. Apa bezanya? Perhentian Besar sunyi and lebih privacy sikit. Biasanya mat salleh suka stay at Perhentian Besar. While Perhentian Kecil pulak lebih 'hidup' dan meriah. Aku stay at Perhentian Kecil sebab nak suasana yang happening.
DAY 1:
Aku pergi naik kereta. Dari Kuala Terengganu ke jeti Kuala Besut, it took about 1 hour and 45 minutes lebih kurang. Please bertolak awal pagi kalau tak nak bersesak kat jeti nanti. Tambahan lagi kalau waktu weekend, so orang memang ramai.
Aku tak pergi dengan mana-mana pakej pun. Main walk-in je. Penginapan je book awal-awal kat booking.com. Yang tu penting sebab tak nak tetiba tak ada tempat tinggal bila dah sampai sana karang. Haha.
Beli tiket bot dengan Sealife Travel & Tours Sdn.Bhd. Tiket pergi balik RM50 sorang. Kat sini banyak je agen yang offer pakej pulau, tinggal pilih je berkenan yang mana kalau tak nak susah-susah pikir. Biar agen je yang uruskan penginapan korang semua tu.
Marine park entry fee. Yang ni dapat kat pintu masuk jetty before nak naik boat.
So here begins the excitements yehuuu! Perjalanan dari jeti ke Perhentian dalam 45 minit naik speed boat. Sepanjang perjalanan memang rasa excited and takjub sangat. Dah terbayang cantiknya Perhentian bila tengok air yang jernih giler!
Can you see the crystal clear water and the blue sky too? Fall in love for million times (tak boleh move on!)
By the way, Perhentian ni ada banyak jeti. Depends on korang stay kat mana. Boat akan stop at each jetty. Aku stay kat Seahorse Diver (which is semua orang tanya, oh pergi diving ke? Haha. The truth is kitorang main book je bilik tu. Main reason sebab nak cari yang paling murah haha). Tapiii dari jeti, aku kena berjalan pulak dalam 10 minit ke Seahorse Diver sebab letaknya memang sangat hujung, which is bersebelahan dengan The Rock Garden. Cuaca memang panas giler, lagi-lagi berjalan pulak atas pasir pantai! So my advice is jangan bawak bagasi. Bawak backpack je. Bayangkan kalau bawak bagasi dengan nak berjalan atas pasir pantai bawah matahari terik tu!
Our tempat berteduh. Seahorse Diver. Haha. Okay sini memang tempat orang diving. Nama pun dah diver kan. So kalau tengok dari luar dah boleh agak dalamnya macamana. Takde lah mewah. Padan lah dengan harga kan since kitorang memang nak yang murah kan. Haha! Bilik yang aku stay tu jenis dorm. Ada 8 katil. Tapi beruntung lah sebab masa tu kitorang berlima je. Takde orang lain. Kalau tak, tak tahu lah macamana nak berhimpit ramai-ramai dalam dorm tu sebab bilik kecik je. Bilik air kat luar tau. Surau ada disediakan jugak kat bawah.
Dah nama duk dalam dorm, so kena ikut rules lah okay! Take note point number 2 tu. Awal-awal tu terkejut jugak kenapa masuk bilik je kipas tak berfungsi. Rupa-rupanya memang dorang provide elektrik from 7.00 pm to 7.00 am je. So kalau nak charge handphone ke camera ke, charge siap-siap bila malam.
View from Seahorse Diver's balcony ♡
Selesai check in bilik, terus turun bawah usha pakej snorkeling. Don't worry kalau korang tak ambik pakej snorkeling sebelum datang sini. Sebab kat sini pun memang banyak je agen yang offer, boleh pilih mana korang nak. Sebab snorkeling hari kedua, so first day hiking ke windmill dulu.
Sebelum hiking, recharge energy dulu banyak-banyak. Haha! Kedai ni selang satu kedai dengan Suhaila Shop. Jenis-jenis sup je ada kat sini. Kuew teow sup, bihun sup, maggi sup. Air pun depends atas makcik kedai, haritu dia provide air sirap. Harga? Bawah nanti aku list harga.
Route ke windmill ni tak susah pun. Tak perlu nak meredah hutan ke apa. Route windmill ni memang senang, tapi kena hati-hati jugak sebab agak licin. Better pakai kasut yang tapak mencengkam tanah, so that tak tergelincir nanti.
Dalam 20 minit je dah sampai windmill. Yeay! Nampak tak jalan tepi pagar tu? Korang terus je jalan ke tempat yang turun tangga dengan view lawa tu. Tapi waktu ni tak boleh turun kat tangga tu sebab tangga dah banyak reput. Dah ada mat salleh yang jatuh a day before kitorang sampai, so tak nak ambik risiko.
Ni gambar aku ambik dari google. Sebab tu cantik giler kan! Haha. So nanti kalau tangga ni dah dibaiki, boleh la turun. Snap gambar banyak-banyak! Tapi bertabahlah turun and naik tangga ni nanti. Boleh tahan jugak tinggi tu.
Since tak boleh turun tangga, so this is the view from the top.
Turun windmill, pekena air batu campur yang famous sebelah Awatif Camp Site. Wajib try kalau datang sini okay!
Mimies's Ice Cream. Kedai ni sebelah Awatif Camp Site. Turun windmill, terus je jumpa.
Trio. ABC, ABJ (air batu jagung) and AMK (ais milo kepal).RM5 each. Share ramai-ramai, boleh rasa semua. Jimat too. My bias is that AMK! Sedap ya ampun!
Malamnya dinner kat kedai Kak Yah. Sebelah Seahorse Diver je. Kalau tak nak makan yang berat-berat macam nasi, korang boleh beli dari stall kecik-kecik kat sini.
Aku makan nasi goreng tomyam. Sedap okay! Menu lain korang boleh usha sendiri kat atas ni.
After dinner, ingat nak naik bilik je. Eh tapi ada fire show. Okay singgah jap!
Alang-alang dah datang Perhentian ni, jangan duk dalam bilik je. Rugi! Explore semua aktiviti yang ada kat sini, termasuklah fire show.
DAY 2:
Sunrise!
"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?" (Al-Rahman:55)
Hari yang paling dinanti-nantikan!
Aku ambik pakej long trip snorkeling dengan Kak Suhaila. RM45 sorang. Korang boleh pilih nak short trip atau long trip. Tapi alang-alang dah datang sini, ambiklah long trip. Lebih puas nak meneroka dunia marin kah! Kak Suhaila baik sangat. Abg Yo (pekerja Kak Suhaila yang bawak bot) pun terbaik! Servis best! Friendly! Recommended!
Bertolak untuk snorkeling jam 11 pagi. Excited nak snorkeling, tapi disebabkan tak pandai berenang, hanya mampu terkapai-kapai. Haha. Nasib baik Abg Yo banyak tolong kitorang berlima yang tak reti swimming. Haha.
Dah penat intai shark tak nampak-nampak, kitorang berhenti lunch di Fisherman Village. Tak silap nama kedai tu Kak Siti. Bagi aku makanan kedai Kak Yah lagi better and sedap dari kedai ni. Aku lunch nasi goreng udang, tapi tasteless.
Next kita sambung intai penyu pulak! Peringatan untuk korang, jangan pegang penyu kat sini ye. Nanti orang marah. Cukup sekadar tengok je. Maybe sebab takut penyu lari ke merajuk kot. Tapi kalau penyu kat Pulau Redang, siap boleh bagi makan (okay next wishlist!). Gambar kat shark and turtle point tak ada gambar (takut punya pasal sebab tak pandai berenang kan, lagi-lagi kat shark point. Haha!)
At Coral Beach. Kat sini boleh la berenang sendiri sebab air cetek. Haha. Shark point agak seram sikit sebab dalam. Plus terbayang shark makan orang (banyak tengok movie shark omputih ginilah). Haha. Tapi yang sedih, aku tak nampak pun shark. Dia tak sudi kot nak jumpa. :( Nasib baik penyu sudi nak jumpa walaupun dia duk bawah dasar laut sana. Huhu. Maybe kena repeat sekali lagi semata-mata untuk shark eh? :p
Paling lama spent time kat sini sebab sini boleh berdikari sendiri. Lain-lain point kena ada guide! Datang sini jangan lupa bawak roti bagi ikan makan. Rasa lah famous sikit kena serbu dengan ikan-ikan tu. Haha!
Paling lama spent time kat sini sebab sini boleh berdikari sendiri. Lain-lain point kena ada guide! Datang sini jangan lupa bawak roti bagi ikan makan. Rasa lah famous sikit kena serbu dengan ikan-ikan tu. Haha!
Thank you so much Abg Yo atas servis yang the best kebabom!
Acah-acah jelah even tak pandai berenang pun. Haha!
Tips: kalau nak datang pulau, datang bulan 5 atau 6. Abg Yo cakap time tu air lagi jernih. Lagi cantik. Kalau datang waktu macam ni, air keruh sikit sebab laut dah start berombak (dalam hati, sekarang ni pun dah rasa air jernih giler dah. Tak dapat bayang lagi jernih tu macamana. Haha).
So that's all. Bawah ni list bajet yang aku spent. Check it out!
So that's all. Bawah ni list bajet yang aku spent. Check it out!
TOTAL BUDGET SPENT :
1. Parking: RM20 (share 5 orang, so RM4 sorang)
2. Minyak kereta : RM10
2. Minyak kereta : RM10
3. Boat tix: RM50
4. Tiket marine park: RM5
5. Penginapan: RM261 (share 5 orang, so RM52.20 sorang)
6. Lunch (kuew teow sup + air sirap): RM9
7. Snorkeling: RM45
8. Ais kepal: RM15 (share 5 orang, so RM3 sorang)
9. Dinner (nasi goreng tomyam + air kosong): RM8
10. Breakfast day 2 (roti canai telur): RM3
11. Lunch Fisherman Village (nasi goreng udang + teh ais): RM11
** additional budget**
- selipar (beli kat Suhaila Shop): RM15
- drinking water botol kecik: RM2
Bye!
6. Lunch (kuew teow sup + air sirap): RM9
7. Snorkeling: RM45
8. Ais kepal: RM15 (share 5 orang, so RM3 sorang)
9. Dinner (nasi goreng tomyam + air kosong): RM8
10. Breakfast day 2 (roti canai telur): RM3
11. Lunch Fisherman Village (nasi goreng udang + teh ais): RM11
** additional budget**
- selipar (beli kat Suhaila Shop): RM15
- drinking water botol kecik: RM2
So total budget spent was RM217.20 sahaja. Boleh kurang lagi kalau tolak selipar and drinking water tu. Silap sendiri tak bawak selipar siap-siap. Haha. Makanan pun memainkan peranan penting okay! Kalau nak lagi jimat, jangan spend banyak sangat duit on food.
Okay then, that's all. Till we meet again in the next story.
Okay then, that's all. Till we meet again in the next story.
Bye!
No comments:
Post a Comment